
Pusat Pemulihan kami menyediakan pelbagai perkhidmatan pemulihan bagi membantu pemulihan dengan lebih cepat. Kemudahan kami dilengkapi penuh bagi membantu rawatan pesakit kami seperti untuk fisioterapi, terapi pekerjaan, serta terapi percakapan dan bahasa, antara lainnya. Pelbagai program berasaskan senaman juga dirangka khas bagi memenuhi keperluan individu setiap pesakit kami, sama ada untuk kesejahteraan mereka, sebagai langkah pencegahan, mahu pun untuk membantu mereka untuk pulih seperti sedia kala.
Pusat Pemulihan Bersepadu Pantai mempunyai kumpulan handal yang terdiri daripada lebih 100 ahli fisioterapi, ahli terapi pekerjaan, dan ahli terapi percakapan dan bahasa. Kami sangat komited untuk Meneruskan Kemajuan Profesional dan kami menggunakan amalan terbaik bagi menawarkan program pemulihan dan kesejahteraan yang sebaik mungkin kepada para pesakit kami.
Terapi Pekerjaan melibatkan penilaian dan rawatan terperinci dengan matlamat untuk menggalakkan pesakit berdikari dalam Aktiviti Kehidupan Harian (ASL) seperti penjagaan diri sendiri, tugasan kerja rumah, dan aktiviti kerja/sekolah serta aktiviti riadah. Ahli terapi pekerjaan kami mengkhusus dalam membantu pesakit kami memperbaiki penggunaan fungsi tangan dan bahu mereka, membantu kanak-kanak dengan masalah perkembangan lambat atau ketidakupayaan belajar bagi mencapai potensi mereka yang tertinggi, menangani masalah dengan kognisi dan persepsi visual, serta menawarkan nasihat tentang peranti/pertolongan berbantu yang bersesuaian agar anda dapat menjalani ADL biasa anda. Khidmat nasihat dan pendidikan kepada pesakit turut disediakan.
Ahli fisioterapi kami membantu pesakit dengan simptom fizikal dan ketidakupayaan pergerakan yang disebabkan kecederaan atau penyakit bagi mendapatkan semula kebolehgerakan dan kesihatan mereka.
Perkhidmatan lain termasuklah:
To make an appointment, please contact:
04-6396548 (Health Screener Department)
Or email: [email protected]