Selain pakar kecemasan yang akan menilaikan dan
menguruskan kes anda, ada juga doktor pakar dan
pakar bedah berbilang disiplin yang turut
bersedia untuk mengendalikan keadaan perubatan
yang rumit.
- Pelbagai jenis trauma termasuk kemalangan
kenderaan motor, kemalangan industri,
kemalangan setempat dan lain-lain
- Kecemasan jantung seperti infark miokardium,
aritmia dan lain-lain
- Penyakit neurologi seperti CVA dan
pendarahan dalam kranium
- Kecemasan obstetrik dan ginekologi
- Kecemasan perubatan seperti demam denggi
- Kecemasan pediatrik
- Kecemasan pernafasan
- Kecemasan Telinga, Hidung dan Tekak
- Kecemasan oftalmologi
- Kecemasan urologi
- Ketoasidosis diabetes (atau DKA, iaitu
masalah yang mengancam nyawa pesakit
diabetes)
- Kecemasan hipertensi (tekanan darah naik
melampau)
- Tirotoksikosis (hormon tiroid keluar
berlebihan, menyebabkan hiperaktiviti
adrenalina)
- Strok - masa respons <45 minit setelah
tiba di A&E
- Demam Panas
- Sebarang kecemasan lain
Proses diagnostik di unit Kecemasan mungkin akan
melibatkan pelbagai jabatan (kaedah) seperti
perkhidmatan makmal klinikal dan perkhidmatan
pengimejan. Setelah diberikan rawatan perubatan
segera yang diperlukan, pesakit akan dipindahkan
ke wad untuk diawasi dan dirawat selanjutnya.
Perkhidmatan ambulans, pengimejan diagnostik
(MRI, imbasan CT, X-ray), ujian darah,
pembedahan kecil
Jabatan A&E kami di Pulau Pinang menyediakan
perkhidmatan ambulans swasta 24 jam dan
pengangkutan perubatan. Perkhidmatan kecemasan
komprehensif kami termasuk menyediakan ambulans
untuk mengangkut pesakit, penyediaan responden
pertama untuk menjawab panggilan &
mengangkut pesakit antarabangsa. Perkhidmatan
ambulans percuma dalam lingkungan 10km
disediakan bagi Inisiatif Kejiranan Sihat (HNI)
dan ahli-ahli kelab Pantai On Wheels (POW) juga
diberikan kadar istimewa oleh Jabatan A&E.